Friday 30 March 2012



BINTANG BIRU KRISTAL SALJU

pada
28 APRIL 2012

bertempat di 
GALERI ANNEXE, PASAR SENI, KUALA LUMPUR

   jam 8 MALAM.


PITAHATI merupakan sebuah band experimental rock, yang membawakan sebuah muzik 

pertembungan rock modern dan vintage dengan sentuhan elemen elektronik, psykadelia, drum & bass, folk dan tradisi nusantara.Suatu genre yang sukar untuk didefiniskan dan pencetus revolusi muzik baru di Malaysia.

Malam itu nanti akan memperlihatkan gabungan muzik rock avant garde, video artdan persembahan teater monolog yang belum pernah di adakan sebelum ini.

Kami dengan ini menjemput pihak anda untuk menjadi saksi pada sebuah EKSPRESI SENI DALAM RUANG HATI.

Tuesday 12 July 2011

Hello Pendengar Hati!

Hello korang!

Mesti korang tertanya-tanya bila Pitahati nak update blog kan? Maaf lah, busy sikit dengan pelbagai perkara, sekarang baru ada masa. Dan saya (ehem) dilantik untuk update korang pasal apa yang berlaku dan the latest updates dari Pitahati. Oh, wondering who I am? Nanti hujung cerita saya bagitahu.

Here we come!

Thanks kepada korang yang hadir ke recording Muzik-Muzik di Sri Pentas 2 yang lepas! Jangan lupa tengok kalau dah keluar kat TV nanti! (dan jangan lupa VOTE!). Juga terima kasih tidak terhingga kepada korang yang pernah datang show Pitahati before this. Terima kasih banyak-banyak. Tanpa korang siapalah Pitahati kan?

So apa update terbaru?

Kitorang baru lepas selesai shooting muzik video untuk Bintang Biru Kristal Salju. But end product belom siap lagi. But once dah siap, akan di updatekan kepada korang semua!

So maybe this is the right post untuk kenalkan korang sorang-sorang dengan band members Pitahati dan ceritakan sikit macammana band ni boleh terbentuk (terbentuk?)

Bawah ni listing band members Pitahati:

Vocal + Guitar : Ilham
Guitar + Effects : Zaha
Guitar + Synthesizer : Hidayat
Bass : Masrin
Drum : Yasin

But whatever, okay ceritanya begini.

Sebenar-benarnya Pitahati ni adalah gabungan dari dua band berbeza. Pitahati (yang asalnya dianggotai oleh Ilham dan adik lelakinya, Yasin) dan kemudian bergabung dengan satu lagi band yang diberi nama Ilustrasi (anggota asal Zaha dan Masrin). Masing-masing memang dah biasa bermain musik dan hebat mencipta lagu, jadi dorang pun bergabung dan bersetuju band baru dorang dinamakan Pitahati. Hidayat kemudiannya join Pitahati tak lama lepas tu sebagai guitaris dan synthesizer. 

Oleh kerana kemistri antara dorang yang cukup kuat, tiada masalah dan sebagainya untuk dorang mencipta lagu bersama-sama. 

Oh sekarang ni pun Pitahati sedang busy menyiapkan full album dorang. Recording masih berjalan di studio dan semua pun sedang memberi komitmen paling tinggi nak siapkan album. Kalau dah release nanti, beli tau album yang ori. Say no to illegal download yes? 

So, disini saya sertakan beberapa gambar masa dorang sedang recording di studio untuk tatapan peminat-peminat sekalian. 

Oh by the way, saya Bobby. Project Manager dorang dan tukang update blog dorang.

Jangan risau, dorang pun akan update the blog nanti!  

Enjoy and till the next post!


Rock on!
Bobby

Ilham sedang fokus.
The whole band members sedang brainstorm.
From left (clockwise): Zaha, Yasin, Hidayat, Ilham and Masrin

Yasin sedang set the sound.

Yasin with his set.
Masrin with his bass.

Zaha sedang tuning!